AUGY COLLECTION - Merealisasikan Impian Gaya Hidup Anda

Prisma Kreatif Online Bizz kini sekali lagi menambah satu lagi rangkaian produk edarannya. Memperkenalkan AUGY iaitu sebuah syarikat bumiputera yang mengkhusus dalam penjualan cadar, langsir dan hiasan pelengkap kediaman menyambut kedatangan Hari Lebaran dengan menawarkan pelbagai corak dan rekabentuk yang terkini di pasaran eksklusif buat anda di bawah perniagaan satu bumbung.
Rekaan dan corak dari AUGY menyajikan serta menyisipkan sentuhan moden, ala Inggeris dan klasik yang dapat menyemarakkan suasana kemewahan di ruang kediaman anda dengan pakej harga istimewa yang mampu anda miliki.
AUGY menghasilkan produk yang berkualiti dan diharapkan dapat menambat hati anda yang inginkan sesuatu kelainan dengan mempelbagaikan gabungan corak dan warnanya yang tersendiri dan ditambahkan pula dengan cetusan idea yang kreatif dan menarik.